Saturday, August 19, 2017

CARA AMBIL DUIT TABUNG HAJI MELALUI AKAUN MAYBANK

Asslamualaikum w.b.t



Harini nak share berkenaan tajuk diatas. Mungkin tak semua orang tahu bahawa korang boleh daftar dengan mudah, dan keluarkan duit tabung haji korang/anak hanya dengan cara yang begitu mudah.

Pertama korang perlu ada :

*No. Akaun tabung haji korang atau anak
*No. Siri buku tabung haji
*No. Ic bagi akaun anak korang (kalau korang nak masukkan akaun anak sekali pun boleh

Step 1: Pergi ke mesin ATM MAYBANK kemudian klik macam biasa dan PILIH TABUNG HAJI pada MENU UTAMA

Step 2: Kemudian follow semua yang tertera di skrin daftar akaun tabung haji korang/anak korang, masukkan nombor akaun dan masukkan nombor siri buku tabung haji

Step 3: Bila semua dah buat, korang bolehlah keluarkan duit tabung haji korang on the spot.

So ini sahaja tips yang sangat simple dari saya. Hehe! Tak faham bolehlah tanya ye.

Wednesday, August 16, 2017

KERJA VS KELUARGA, MANAKAH PILIHAN ANDA?

Assalamualaikum w.b.t


Keluarga adalah satu organisasi yang mana tempat bermulanya emosi kita dibentuk. Harus diingat, apabila kita bahagia bersama keluarga, kerja kita juga akan berjalan dengan lancar. Bayangkan jika semalam kita bergaduh dengan suami/isteri, apa jadi bila datang di tempat kerja keesokan harinya? Pasti kita akan rasa tiada semangat, fikiran bercelaru dan aura negatif sepanjang hari. Begitu juga sebaliknya, apabila kita gembira dan bahagia bersama keluarga pasti aura positif sepanjang hari akan membuatkan kita bekerja dengan gembira dan agresif. Dan bonusnya, pasti ada idea-idea yang tak terjangkau melalui otak fikiran kita.

Sebagai ketua, kita hendaklah peka dengan permasalahan keluarga kakitangan sekiranya hendak membina sesebuah organisasi yang cemerlang. Sekiranya pekerja tersebut dilanda pelbagai masalah rumahtangga, bagaimana organisasi kita hendak melahirkan seseorang yang berkualiti? Sedangkan pekerja tersebut tidak mampu menguruskan sesebuah organisasi kecil beliau, apatah lagi hendak menguruskan organisasi yang mempunyai cabang yang sangat besar. Oleh sebab itu, sebagai seorang ketua, amat penting menjaga dan menitikberatkan soal kebajikan pekerja.

Saya terpanggil untuk menulis entry ini berdasarkan pengalaman yang berlaku didepan mata. JOM BINCANGKAN, Mengikut pandangan anda, didalam sesebuah organisasi, ADILKAH apabila organisasi tersebut menyatakan KERJA ADALAH PERKARA YANG PALING UTAMA, MANAKALA KELUARGA ADALAH PERKARA KEDUA? dan MANAKAH PILIHAN ANDA, KERJA ATAU KELUARGA?

Tuesday, August 15, 2017

FIZA BEAUTE COSMETIC

Assalamualaikum korangggg.....

Excited sangat ni nak cerita pasal satu produk ni. Hah nak tahu produk apa? ni dia FIZA BEAUTE COSMETIC. 

Pemilik FIZA BEAUTE COSMETIC ini merupakan Makeup Artis (MUA) yang berasal daripada Sabah. Orangnya iras Siti Nurhaliza tau. Kalau korang nak minta makeup bolehlah guna servis akak ni. Harga murah dan berbaloi-baloi sangat. Akak ni pun selalu buat kelas makeup tau.

Okay jom tengok apa yang BESTNYA produk KOSMETIK MERAWAT TERBAIK ABAD INI!!!



1. HD FLAWLESS FOUNDATION 



Sebelum ni saya tak pernah lagi beli produk local macam ni, yalah poduk kecantikan semua pun beli kat watson. So trylah Foundation kakak kita ni, dan hasilnya WOW ok! sangat WOW! Setaraf dengan produk antarabangsa. Struktur Foundation ni memang sangat best dan senang nak blend. Bila pakai kita takkan rasa kulit kita tu tebal dan berminyak. Semakin lama pakai, kulit akan jadi lebih GLOWING dan FLAWLESS juga TAHAN LAMA TAK MEREKAH! itu sangat penting bila pakai makeup dengan jangka masa yang lama. Dari pagi pakai sampai ke malam pun muka tetap berseri-seri malah menaikkan lagi seri muka. Oh ya FYI foundation ni juga berasaskan air zam-zam dan sudah semestinya ianya MESRA WUDUK. Selain daripada berfungsi sebagai menutup celah, foundation ini juga dapat merawat jeragat dan jerawat. Mengandungi SPF50 yang mana ianya mampu melindungi kulit kita daripada sinar UV/UVB yang merbahaya kepada kulit. Foundation ini juga kaya dengan Vitamin E & C . Dap-dap je dah lawa tau hehe


2. SERUM BOTOX ADVANCE GOLD 24K



Yang ni pun saya firstime pakai. sebelum ni memang tak pernah pakai serum. Serum ni kita pakai pagi selepas mandi & malam sebelum tidur. Boleh digunakan sebelum makeup atau selepas makeup. Kelebihan serum ni adalah ianya sesuai dengan semua jenis kulit, mengekalkan makeup supaya tahan lama, menganjalkan dan menambahkan seri pada wajah, mengawal minyak pada wajah, memperbaiki kulit yang rosak akibat daripada sinar UV dan kekal menjadikan wajah sentiasa glowing. Bahan-bahan yang terdapat dalam serum ni adalah, Aqua, rose water, witch hazel, liquorice, gluatatione, collagen, hyaluronic,  Vitamin C, aloe vera extract, pearl satin powder dan coloring.

3. SUPER GLOWING MAKEUP SPRAY


Yang ni confirm masuk list my new baby cosmestic hehhee. Berasaskan air zam-zam, melembapkan kulit, makeup tahan lama, flawless dan glowing. Pakai selepas makeup ya. Spray dan tunggu beberapa minit korang akan nampak hasilnya.

4. MATTE LIP CREAM
Jenis bibir saya ni cepat sangat mengelupas dan kering, so bila nak pakai apa-apa lipstik kat bibir ni pun kenalah pilih yang terbaik. Setakat yang saya pakai Matte Lip Cream by Fiza Beaute Cosmetic ni, bibir saya seperti dirawat apa taknya ianya mengandungi Madu, Aloevera, Kolagen, Coconut oil, vitamin E dan SPF 35. Tahan lama walaupun selepas makan! 
Kat bawah ni korang boleh tengok video dan gambar testimoni saya sendiri tau. 

video

Minta maaf sila terbalikkan telefon korang ahahaha 


Photoshoot full pakai Fiza Beauty Cosmetic


Ni pic selepas jamuan raya. Pakai makeup start jam 8.00 pagi dan habis jamuan jam 3.00 petang. Maintain i tak tipu serius produk ni terbaik!

Oh ya bagi korang yang nak menjana pendapatan dengan menjual kosmetik adalah sangat-sangat dialukan untuk menjadi stokis atau agen. 


Hubungi nombor kak Fiza diatas ya. 











Wednesday, August 9, 2017

PEMBUAT HEADER YANG PALING TIP TOP

Assalamualaikum hai korang, lama tak bersiaran kan. Harini entry, nak cerita pasal Header yang comel lote ni hah.

Comelkan header ni. Nak tau siapa buat? cek klik SINI hah tulah orang yang membuat header i comel secomel orangnya. Hehe. Harga? eh eh kalau korang tahu harga untuk buat header ni, boleh fengsannnn tau haha. Murah sangat. yang penting service dia terbaik. Dia akan buat sampai korang puashati dan rambang mata, terjuling mata nak memilih hahaha.

So, apa tunggu lagi jomlah cepat email si cantik manis tu. 


Thursday, August 3, 2017

SELUAR SUKAN TERBAIK

Assalamualaikum, siapa kat sini yang rajin bersukan? atau masih tercari-cari seluar yang selesa untuk bersukan? atau ada masalah bila nak cari seluar sukan je, mesti berjam-jam nak pilih mana yang terbaik?

Jom try seluar dari https://www.jonlivia.com/ ni. Kadang-kadang kita ni naklah cari seluar yang bila pakai tak nampak gemuk atau tak nak nampak lemak-lemak tepu kat kaki kita kan haha, tapi dengan Pants dari Jonlivia ni, korang mesti terkejut sebab memang nampak slim bila pakai tau. Macam saya ni jenis suka pakai seluar yang besar sikit, bila sampai seluar jonlivia ni, size M eh nampak macam kecil je, tapi bila dah pakai WOW tak rasa sempit pun. Selesa jangan cakap, memang selesa sangat!

Apa yang saya paling suka dengan seluar ni saya cubalah pakai masa jogging kat taman beberapa kali, tapi eh lama-kelamaan lemak-lemak kat perut dan paha dah semakin mengecil. Bila pakai lama dan berpeluh pun tak rasa seluar tu melekit,sebab fabrik dari seluar tu pun dah nyata "Super Absorbent" iaitu penyerapan yang terbaik. Jadi nak bersukan, nak beryoga atau nak berzumba lama-lama pun tak ada masalah dengan seluar yang sangat selesa ni.

Jom tengok web diorang, untuk lelaki pun ada tau. Korang jangan cakap lepas ni tak tahu mana nak cari seluar sukan yang best ye. Guna hujung jari je, Jonlivia kan ada untuk korang. Ok see next entry yaaa...

Jonlivia Lifestyle Club (Walk-in)

Tuesday to Friday :11.30am - 8.30 pm
Saturday and Sunday : 11.30am - 3.00 pm
For Any Enquiries please contact YUKI : 016-263 4410 / 016-226 5575

Location :
No. 70A,70B & 70C, 
Jalan SS2/67 Wilayah Persektuan
47300 Petaling Jaya Selangor

Ni pic beryoga tengah malam haha!




Monday, July 24, 2017

CROISSANT BY MUNCHY'S

Assalamualaikum,

Minggu lalu adalah minggu yang sangat memenatkan, apa tidak, jadual ke KL sebenarnya Sabtu, tapi delay punya delay banyak kali, last-last tiket hari sabtu tu kena cancel dan kena fly juga hari jumaat. Dahlah waktu bekerja, terpaksa ambil cuti semata-mata nak bersiap dan kejar flight jam 5 petang.

Tapi tak apa yang penting, segala urusan dah selesai dengan izin-Nya alhamdulillah. Oh ya sebenarnya nak cerita ni, kalau pergi KL je mesti perkara pertama yang akan keluar di fikiran dan mulut kawan-kawan, adik beradik dan orang-orang kampung adalah pasal "BUN". Belum naik flight lagi, dengar je KL mesti ada suara "KIRIM BUN-KIRIM BUN" dan yang pastinya semua orang tahu apa itu "BUN".

Alkisahnya, semalam waktu balik tu singgahlah Eraman kat bawah, untuk "PAJAK BUN" tu. Kalau tak pajak memang tak sah lah kan. tak adanya orang nak beli 1-2 bungkus je. Saya beli semalam pun dah RM50.00 . Pastu borong punya borong terjumpalah "BUN" baru ni. Packaging nampak cantik, gambar pun menarik. Harga RM1.30. Borongla dalam 6 bungkus berlainan perisa. Dia ada perisa Chocolate, Caramel dan Vanilla. Pagi ni trylah makan satu bungkus. Not Bad lah rasa nya, biasa-biasa je, roti dia pun agak keras sedikit dan perisa yang kat dalam tu pun sikit je. Nasib baiklah tak borong banyak. Tapi tak mengapalah mungkin baru percubaan kan, harap-harap Munchy's dapatlah perbaiki apa yang kurang. Saya bagi 1 bintang untuk Munchy's. Bintang tu untuk packaging dan gambar.





And of courselah "BUN" favourite sepanjang zaman adalah GARDENIA. Pajak banyak-banyak, lain-lain jenis dan perisa.  Fuh heaven nya lah dah siap memborong. Selagi tak borong susah hati haha.



Siapa geng macam saya ni? WAJIB borong "BUN" kalau fly???

Thursday, July 20, 2017

ORGANIC BEAUTY SKINCARE BY VIVILIN LONDON

Assalamualaikum korang, lama menyepi kan bukan apa minggu lalu keracunan makanan fuhhh haru sempat menginap dekat hospital. Insaf tak nak dah beli makanan sembarangan kat luar.

Oh ya Entry kali ni nak review tentang PRODUK BARU ni ha. Organic Beauty Skincare by Vivilin London. Owner produk ni orang Sabah tau. Bila tengok Owner dia fuhhh lawaaaa sangat. Kulit putih gebu! terbukti berkesan produk dia.

Produk ni ada sabun, krim malam, krim siang, serum dan supplement. Harga pun tak mahal korang. Pelajar pun boleh beli tau. Saya beli haritu satu set RM130. Kalau nak beli satu-satu pun boleh.

YANG PALING BEST SEBAB PRODUK NI DARIPADA BAHAN ORGANIC, SO JANGAN RISAU SEMUA PERINGKAT UMUR, JENIS KULIT SESUAI PAKAI.

Nak tahu lebih lanjut lagi? Jom baca kat bawah :

Nak Order boleh whatsapp Kak Sue :  017-818 6667









PORCELAIN DOLL SKINCARE MEMPUNYAI 4 SET DALAM 1 KOTAK YANG COMEL TU. 
(4IN1 SET)

1.
PD Soap Bar
2 in 1 Scrub+Cleanser
Membersihkan kulit wajah secara lembut
Membuang kotoran & sel kulit mati
Melembutkan kulit
Kaya dengan Vitamin E

Kandungan Utama:
Poppy Seeds, Carrier oil, Cucumber extract, Tea Tree Oil, Lime Extract, Shea Butter, Vitamin E

2.
PD Ampoule
Dirumus khas menggunakan Lavender Officinalis Extract
Mencegah penuaan
Melembut dan menghidratkan kulit
Sekatakan tona wajah
Mencerah dan Glowing kan kulit
Anti Jerawat & Anti Aging
Memudarkan parut kesan jerawat dan jeragat
Menghilangkan black & white head
Menghaluskan kulit
Diperkaya dengan Vitamin E dan C

Kandungan Utama: 
Aqua, Lavender officinalis extract, Lime extract, Vitamin C & E, Virgin Oil, Aloe Vera

3.
PD Moisturizer
Bertindak sebagai pelembap kulit
Instant whitening
Sun Block with Spf30
Makeup Booster
Merawat masalah kulit
Anti Jerawat & Anti Aging

Kandungan Utama:
Aqua, Solanum Lycopersicum Fruit Extract, Aloe Vera Extract, Glycerin, Butylene Glycol

4.
PD Dream Screen
Krim siang yang ringan dan lembut (tidak berminyak dan tidak melekit)
Melindungi kulit dari kesan pencemaran persekitaran
Sekatakan tona dan mencerahkan kulit
SPF30 melindungi dari sinar UV
Membantu menggalakkan pembentukan hyaluronic acid yg sangat diperlukan oleh kulit
Mengurangkan kedutan wajah
Anti Jerawat & Anti Aging

Kandungan Utama:
Aqua, Rose officinalis flower extract, Tea Tree, Aloe vera, cucumber Extract, Essential Rose, Vitamin C & E, Virgin Oil, Rose Powder







Tuesday, July 4, 2017

CARA MENGEKALKAN BERAT BADAN MASA RAYA

Assalamualaikum,

Salam Aidilfitri ke-10, waaa masih mood raya ni. #rayakan sebulan hehe. Hari raya adalah perayaan yang paling mengembirakan  seluruh umat Islam, bukan setakat orang islam je, orang bukan islam pun turut sama bergembira meraikan Aidilfitri ni. Mana tak nya, masa rayalah pelbagai makanan yang sedap-sedap dihidang. Ketupat, rendang, kari, kelupis, kuih raya, kek raya, daging, kari, ayam masak merah, kambing dan macam-macam lagi makanan yang ada (sampai keliru nak list haha) Setahun sekali tu nak jumpa. Bukan setakat makanan air pun sedap-sedap fuhhh...

TAPI..... ingat! berat badan pun macam-macam nombor dah nampak atas penimbang tu haha. Siapa kat sini masa puasa turun 5kg, masa raya dia naik 10kg? haha tu makan tak ingat dunialah tu hehe. Sebenarnya ada tips yang boleh kekalkan berat badan, walaupun korang melantak masa raya sampai tak ingat dunia.

TIPS saya satu je, makanlah banyak mana pun, tapi WAJIB minum air putih SAHAJA. Kalau saya memang cara ni berkesan untuk saya, tapi lain orang, lain juga kesannya kan. Air berkarbonat segala tu JANGAN MINUM. Kalau korang amalkan cara ni, bukan setakat raya je, tapi masa bukan raya pun korang akan maintain kurus dan badan tak naik. hehe.

Tu je tips dari saya, semoga bermanfaat untuk korang semua.





Monday, July 3, 2017

Giveaway 1,000 kotak Perlashine Percuma

Assalamualaikum, harini tetiba rajin pula nak join contest Safiey Ilias ni. Dengar-dengar hadiah lumayan tau. Kot-kot rezeki korang dapat juga HADIAH KAT BAWAH NI.
Rezeki Raya ....

 KLIK UNTUK DAPAT HADIAH


ATAU PUN DAPAT HADIAH NI? 




Sebelum tu jom baca KEAJAIBAN PERLASHINE KAPSUL MUTIARA NI


KELEBIHAN PERLASHINE KAPSUL MUTIARA


Hendak seribu daya, 
tak hendak seribu dalih,
Kalau nak duit raya,
jom lekas-lekas klik link bawah ni.




Friday, June 23, 2017

TIPS KESELAMATAN SEBELUM MENINGGALKAN RUMAH


Assalamualaikum Salam Ramadhan ke-28

Berikut adalah beberapa tips keselamatan yang perlu anda lakukan sebelum meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama.

1. Semua elektrik telah ditutup. Elak kebakaran/litar pintas

2. Cabut kepala gas.

3. Kunci semua pintu dan tingkap. Elak kecurian.

4. Semua kepala paip ditutup. Naya kang, balik dari kampung, bil air melambung, rumah banjir.

5. Kalau ada binatang peliharaan dalam rumah, bawalah balik kampung, dia pun nak raya juga tu. Melainkan binatang tu boleh berdikari masak sendiri, Kencing berak ditandas,bolehlah tinggalkan dalam rumah. Kalau jenis tak pandai berdikari, bersiap sedialah, rumah korang akan jadi lebih teruk daripada dimasuki pencuri. Haha. Tips lain, boleh hantar ke pusat jagaan binatang. Bukan manusia ja ada pusat jagaan, haiwan pun dah ada tau.

6. Pastikan barang-barang berharga emas, laptop, handphone dan sebagainya, dibawa bersama. Kalau tak pun simpan di tempat yang paling selamat sampai pencuri pun giveup nak cari. Haha.

7. Maklumkan kepada jiran, tempoh balik kampung dan berikan nombor telefon yang boleh dihubungi sekiranya berlaku apa-apa kejadian. Kalau jiran pun balik kampung? Jangan risau, boleh maklumkan kepada Balai Polis yang berdekatan.

8. Kalau boleh hidupkan lampu luar rumah. Jangan bagi rumah gelap sangat. Seram. Haha.

9. Last sekali baca Surah Kursy semoga harta benda kita dilindungi Allah. Dialah sebaik-baik pelindung.

Okay ni saja tips ringkas dari saya. Selamat Balik Kampung semua .

Oh ya, jangan gatal tangan nak update kat facebook alamat rumah, tempoh meninggalkan rumah raya nanti. Zaman sekarang ni, pencuri pun cari kerja hasil daripada posting-posting difacebook tau. Dah naik level strategi diorang ni.

See u next entry .

Monday, June 19, 2017

BIES KITCHEN SAJIAN CITARASA KAMPUNG

Melihat saja pada menu yang dihidangkan, terasa lama sangat menunggu Azan Maghrib berkumandang, walaupun hanya tinggal beberapa minit sahaja. Sajian citarasa kampung yang sangat menyelerakan, membuatkan perut semakin rancak berbunyi.

Bies Kitchen, merupakan salah satu Restoran yang menyediakan masakan bertemakan "Citarasa Kampung"yang terletak di Karamunsing Capital, Kota Kinabalu Sabah. Dengan tagline "Kau Pilihlah" restoran ini baru saja beroperasi setahun lalu.


Bagi yang merindui masakan kampung, bolehlah datang ke Bies Kitchen untuk berbuka puasa. Harga sempena Bulan Ramadhan iaitu RM20 bagi orang dewasa dan RM10 bagi golongan kanak-kanak. Bies Kitchen merupakan diantara restoran yang termurah di Kota Kinabalu dalam bulan ramadhan dengan masakan yang sungguh mengenyangkan. Berbaloi!


Diantara sajian kuih-muih kampung yang sangat sedap.


Untuk tempahan 
boleh Hubungi Kak Bie ditalian 








-jumpa entry akan datang-

Saturday, June 17, 2017

ADAT BERAYA DIRUMAH ORANG



Assalamualaikum
Salam Ramadhan ke-22

Raya tak lama lagi ni, mesti semua tak sabar nak kunjung-mengunjungi rumah sanak saudara, rakan-rakan kan, so kat bawah ni ada beberapa Tips Adat Beraya di Rumah Orang. Baca dan Hadam! 

1. Bagi salam dan masuk setelah tuan rumah pelawa.

2. Duduk diruangan yang telah disediakan, jangan duduk kat tepi-tepi pintu bilik atau pintu dapur. Nanti Tuan Rumah nak lalu susah.

3. Mata kena kawal. Jangan pandai-pandai nak scan rumah orang. Orang perempuan ni, bab-bab rumah, mata dia bahaya sikit. Silap-silap pasu bunga senget sikit pun dia isu kan juga.

4. Mulut kena kunci, jangan nak jadi juri pula kat rumah orang. Semua nak dikomen. Orang perempuan ni, tak habis deco rumah sendiri rumah orang pun nak di deco nya.

5. Lagi satu kaki kena jaga,jangan gatal-gatal nak tawaf rumah orang ya.

6. Orang lelaki pula, jangan mengada-ngada merokok dalam rumah orang atau luar rumah. Kalau nak merokok sangat, pergi jauh sikit dari rumah orang. Kita tak tahu dalam rumah tu ada yang sakit ke, alergi asap ke, kang naya orang sakit.

7. Minum dan Makan apa yang tuan rumah hidangkan. Jangan memandai-madai tanya "ni je ke ada ?" "ada air lain tak?" , "ada biskut ni tak?" . Ko fikir restoran ke apa?

8. Parents, kawal anak-anda anda. Jangan biarkan anak-anak berlarian dalam rumah. Nanti ada pula barang-barang yang pecah berjatuhan. Memanglah diorang cuma budak-budak, tapi sebagai parents kena kawal anak sendiri.

9. Jangan main mercun kat rumah orang. Ni lagi bahaya, kot-kot ada ahli keluarga tuan rumah yang ada sakit jantung, naya naya.. no no no okay

10. Jangan bercerita pasal politik masa raya, nanti politik tak sehaluan, ada kena halau dari rumah. haru nanti.

11. Salam tuan rumah apabila keluar daripada rumah, DAN ajar anak anda untuk TIDAK bercakap "tak ada duit raya ka?" . Budak-budak ni dia main lepas ja. So siap-siap pesan dengan anak-anak okay. Kalau anak dah terlepas cakap tu cepat-cepat tarik anak korang masuk dalam kereta! taklah tuan rumah cuak . Ye tak?

Okay, ni saja tips ringkas dari saya.

-jumpa entry akan datang-

Thursday, June 15, 2017

BAJU RAYA 2017




Assalamualaikum,

Alhamdulillah harini da masuk hari ke-19 kita berpuasa. Wah rasa tak sedar masa berlalu begitu cepat kan. RAYA IS COMING . yeah yeah .

Cerita pasal Raya ni, korang dah beli baju raya? apa tema tahun ni?  design apa? dan berapa pasang? Mesti ada yang pening kepala nak pilih baju raya kan. Selalunya orang perempuanlah yang banyak fikiran. Macam saya. haha. Selalunya tahun ke tahun macam-macam design yang akan keluar. Hah,kalau korang takde masa nak shopping kat Mall, nak jimat masa atau pun tak tahu mana nak pilih baju raya, jom tengok kat Baju Raya 2017  
Kat sana semua design dan brand ada tau. Korang tak payah bersusah payah menghabiskan minyak, menghadap jammed, berpanas berhujan untuk pergi cari baju raya kat luar sana.


Jangan risau lepas ni Cik Abang tak perlu tunggu lama sangat dah untuk Baju Raya 2017 ni. Sebab semuanya dihujung jari. Jangan lupa belikan Cik Abang sekali tau, kang merajuk pula sidia. hehe. Ada ke untuk lelaki? eh eh korang ni, zaman sekarang ni lelaki pun shopping online tau. Semua nak jimat sekarang ni, daripada berpanas, hadap jammed segala bagai, baik online je kan.


Design up to date tak?

Design apa yang korang nak? Peplum? Kurung? Kurta? Dress? Kebaya? baju Melayu semua ada. Tinggal pilih je nak yang mana.



Saya nak pakai baju macam artis tu, artis ni

Jangan risau  Baju Raya 2017 ni ramai pakaian dari pereka-pereka terkenal tau. Contohnya, Rizalman, Jovian, Minaz, Tom Abang Saufi dan lain-lain. Taip je design apa yang korang nak, keluarlah gambar-gambar baju raya yang meletop-letops. Kalau korang nak pakai sedondon dengan boyfriend ke, suami ke bagus sangatlah shopping kat sini ni.





So tunggu apa lagi? nak baju raya ke tak? Lambat nanti habis, tak dapat nak melaram dengan baju raya baru. Eh eh kita nak payung lagilah gambar-gambar Baju Raya 2017 tak boleh move on pula tengok koleksi baju raya semua ni haha.






-Jumpa Entry akan datang-








Thursday, June 1, 2017

APA ITU Befrienders


Assalamualaikum,

Semalam tengah tengok-tengok tv tiba-tiba nampaklah iklan tentang The Befrienders ni. Memang tak pernah tahu kewujudan The Befrienders ni dan tak tahu fungsi mereka. Bila tengok punya tengok barulah tahu apa itu The Befrienders.

The Befrienders merupakan satu komuniti yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Ianya diwujudkan oleh sekumpulan perantis Malaysia yang prihatin terhadap kesejahteraan emosi masyarakat selepas berlakunya peristiwa tersebut. Yalah siapa yang tak tahu sejarah 13 Mei yang sangat-sangat tragis tu kan. Oleh itu dengan bantuan pakar psikiatri profesional dan psikologi dari Hospital Kuala Lumpur, wujudlah The Befrienders KL tersebut.

Tapi The Befrienders ini sebenarnya telah lama wujud di London iaitu pada tahun 1953. Kemudian pergerakan itu telah merebak kepada 40 buah negara dan kini mempunyai 300 pusat di seluruh dunia. Wow, rupa-rupanya The Befrienders ni telah terkenal di seluruh dunia ya.

The Befrienders ini adalah satu tempat dimana kita boleh meluahkan, berkongsi, bercerita apa sahaja tentang permasalahan yang kita sedang hadapi. Samada masalah duit, masalah hidup, masalah emosi, sunyi, tertekan dan masalah-masalah yang lain. Jangan risau sebab bila korang berurusan dengan The Befrienders ini, tak payah bagi details seperti nama korang pun tak apa. Mereka juga tidak akan menyimpan apa-apa rekod bila korang berurusan dengan mereka. Kiranya mereka ni umpama sahabat baik kita, cuma mereka tidak mengenali mereka dan sebaliknya.

Visi mereka adalah, mereka tidak mahu ada yang mengambil jalan pintas iaitu membunuh diri yang mana terdapat banyak kes-kes telah berlaku di negara kita ni. Kongsilah apa saja dengan  mereka tanpa takut dihakimi atau dikritik. Mereka akan setia mendengar masalah korang. Samada melalui telefon, email, atau berjumpa mereka terus pun boleh. Tapi harus diingat The Befrienders ini, tidak menawarkan bantuan kewangan. Mereka boleh dihubungi 24jam sehari, 7 hari seminggu tanpa apa-apa caj dan tanpa mengira umur, bangsa, dan agama. Tujuan utama mereka hanya ingin memberikan sokongan emosi kepada setiap orang yang mempunyai masalah.

So korang yang mana ada masalah, perlukan tempat untuk mengadu, bercerita, berkongsi, bolehlah menghubungi The Befrienders. Apa pun yang beragama islam kita ada DIA untuk tempat kita mengadu. Tetapkan iman, jangan buat perkara yang tak patut. Apa pun masalah ada jalan penyelesaianya, yang penting cari jalan untuk selesaikan, jangan ambil jalan mudah yang merugikan diri sendiri.

Okay kalau korang nak hubungi mereka bolehlah rujuk dibawah ni ya :

Semenanjung:

Web : The Befrienders
No. Telefon : 03-79568144 / 03-79568145
E-mail : sam@befrienders.org.my
Alamat : 95 Jalan Templer, 46000, Petaling Jaya Selangor.
Operation Hour : 24 Hours

Sabah:

Web : The Befrienders Kota Kinabalu
No. Telefon : 088 - 255788
Email : befrienderskk@gmail.com
Operation Hour : 7.00 pm - 10.00 pm